::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
KEGUNAAN FYBOGEL

 

 

Masalah sembelit sering terjadi kepada mereka yang kurang mengambil makanan yang tinggi serat . Pemakanan tinggi serat terdiri daripada buah betik , sayur brokoli , roti mil penuh , tauhu , bubur oat dan banyak lagi . Di dalam artikel  kali ini kita akan mengenali salah satu produk  yang bagus untuk masalah sembelit iaitu Fybogel . Fybogel ini mengandungi bahan tumbuhan semula jadi yang memiliki serat yang tinggi dan sesuai diambil untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit .Fybogel ini mengandungi bahan Ispaghula Huk yang berfungsi di sistem penghadaman dengan menjadikan najis lebih lembut dengan cara  meningkatkan kandungan air di dalam najis  . Kesannya najis akan lebih mudah dikeluarkan kerana telah menjadi lebih  lembut . Fybogel ini didatangi dalam bentuk serbuk yang mudah untuk digunakan dan berperisa oren

 

Dos pengambilan fybogel ini ialah untuk dewasa dan kanak kanak yang berumur lebih 12 tahun ke atas boleh mengambil satu sachet dua kali sehari iaitu pagi dan malam . Bagi kanak kanak 12 tahun kebawah pula setengah paket sachet bergantung pada umur dan saiz badan anak . Ia boleh dikacau ke dalam segelas air dan diambil selepas makan . Fybogel ini juga selamat digunakan untuk ibu ynag menyusu dan boleh digunakan semasa mengandung . Bagi membantu mengekalkan fungsi usus yang normal fybogel ini juga boleh digunakan untuk pesakit yang mengalami masalah gangguan usus , buasir , cirit birit yang berterusan dan pesakit yang sedang mengalami Kolostomi atau ileostomy .
 

 

 

Kesimpulannya terdapat beberapa cara untuk melegakan sembelit salah satunya dengan pengambilan fybogel dan boleh juga mengamalkan pemakanan yang tinggi serat dalam pemakanan harian serta minum air kosong yang mencukupi .  

 

SUMBER :

 

 

Leave a reply