
Sumber rajah: https://unsplash.com/s/photos/papaya-leaf
Betik merupakan pokok yang berasal dari wilayah utara Amerika Selatan dan Mexico serta salah satu tanaman tropika yang banyak ditanam di seluruh dunia. Tanaman ini banyak digunakan dalam pembuatan makanan dan perubatan terutama daunnya. Jadi dalam artikel ini kami akan menerangkan 5 manfaat daun betik. Pada hari ini, banyak produk kesihatan telah dihasilkan daripada daun betik dalam pelbagai variasi seperti, ekstrak, jus, tablet, teh dan kapsul.
- Membantu Merawat Gejala Demam Denggi.
Membantu merawat gejala demam denggi merupakan manfaat daun betik yang paling popular. Denggi merupakan penyakit yang disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes aegypti kepada manusia. Antara gejala denggi adalah demam panas, sakit kepala, sakit sendi, loya, muntah dan ruam. Terdapat juga kes denggi yang menyebabkan paras platelet dalam darah menurun seterusnya meningkatkan risiko pendarahan dan membawa maut. Tiga kajian dengan melibatkan ratusan manusia telah membuktikan bahawa ekstrak daun betik dapat meningkatkan paras platelet dalam darah dengan ketara.
- Mempunyai Sifat Anti- Radang.
Terdapat pelbagai nutrien serta sebatian dalam daun betik yang menunjukan sifat anti radang misalnya flavonoid, papain, dan vitamin E. Ianya dapat mengurangkan keradangan atau bengkak seperti keradangan luaran dan dalaman termasuk sakit otot dan sendi serta ruam pada kulit.
- Membantu Sistem Penghadaman.
Daun betik mempunyai kandungan serat dan nutrien yang memyokong fungsi pencernaan yang sihat. Sebatian papain dalam daun betik berupaya untuk memecahkan protein besar kepada protein serta asid amino yang bersaiz lebih kecil dan mudah dihadam. Oleh itu, ianya juga telah digunakan sebagai pelembut daging dalam permakanan. Terdapat satu kajian serbuk papain boleh membantu merawat gejala penghadaman seperti pedih ulu hati, sembelit dan sindrom usus besar, irritable bowel syndrome (IBS).
- Mengawal Kandungan Gula Dalam Darah.
Terdapat satu kajian menggunakan tikus yang menghidap diabetes sebagai bahan kajian bagi menyiasat sama ada daun betik dapat membantu mengawal kandungan gula dalam badan ataupun tidak. Hasil kajian ini mendapati bahawa daun betik kaya dengan antioksidan dan mempunyai kesan yang kuat bagi penurunan gula dalam darah. Kajian ini juga menunjukkan daun betik mampu untuk melindungi sel dalam pankreas yang menghasilkan insulin daripada kerosakan. Akan tetapi, tiada bukti saintifik sama ada ia memberi kesan yang sama kepada manusia atau tidak. Selain itu, rakyat Mexico juga sering menggunakan daun betik sebagai perubatan semulajadi bagi membantu merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.
- Membantu meningkatkan kesihatan kulit.
Daun betik mengandungi enzim pelarut protein yang dikenali sebagai papain. Papain mempunyai fungsi untuk membuang dan pengelupasan sel kulit mati, serta mengurangkan jerawat dan liang tersumbat. Enzim dalam daun betik juga dapat menggalakkan penyembuhan luka dan dalam satu kajian terhadap arnab telah menunjukkan ianya dapat mengurangkan penampakan tisu parut. Selain itu, daun betik juga digunakan secara topikal bagi mengekalkan kulit yang kelihatan muda, lembut dan bersih.
Artikel Rujukan: https://www.healthline.com/nutrition/papaya-leaf