::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
APA ITU BED SORES ?

 

 

Bed sores atau dikenali sebagai kudis Tekanan merupakan satu keadaan kulit yang mengalami kecederaan atau melecet kesan daripada permukaan kulit yang mengalami tekanan yang terlampau lama . Bed sores ini sering terjadi dikawasan tumit , bahagian punggung dan buku lali . Hal ini terjadi disebabkan kawasan tersebut tidak mendapat pengaliran udara dan darah yang baik sehingga menyebabkan sel kulit mati dan menjadi kemerahan . Kudis Tekanan ini mestilah dirawat dengan segera supaya luka tidak menjadi menjadi semakin besar  dan dijangkiti kuman . Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti pesakit kencing manis , kudis tekanan ini mestilah dipantau dengan lebih serius memandangkan pesakit kencing manis mempunyai proses penyembuhan lebih lama .

 

 

Punca - punca terjadinya bed sores ini ialah tekanan yang lama yang terjadi di permukaan kulit seperti baring di atas katil dalam tempoh yang lama atau duduk di kerusi roda dalam tempoh yang lama . Hal ini terjadi kerana tisu dan kulit badan kurang dibekalan darah dan menyebabkan kurang oksigen . Oksigen ini diperlukan untuk memastikan tisu dan kulit sentiasa berada dalam keadaan yang sihat .

Punca kedua ialah geseran yang terjadi apabila keadaan kulit yang lembab bergesel dengan barangan seperti selimut , kain dan katil . Hal ini akan  menyebabkan kulit mudah terluka dan mendapat penyakit kudis Tekanan . Pekara ini boleh dielakkan dengan cara memastikan kulit sentiasa kering dan tidak selalu bergesel .

 

 

Kudis Tekanan ini juga mempunyai beberapa tahap yang berbeza seperti tahap satu yang berlaku di permukaan kulit seperti kulit menjadi kemerahan dan terasa panas suam apabila disentuh . Tahap pertama ini boleh dikurangkan dengan cara sentiasa mengubah posisi duduk atau baring setiap 30minit supaya alian darah berjalan lancar .  

Tahap kedua ialah terjadinya luka yang lebih dalam dan boleh membentuk nanah jika dijangkiti kuman .Jika mempunyai nanah di bahagian luka , pembersihan dan penjagaan rapi perlulah sentiasa dilakukan .  Tambahan lagi , tahap kedua ini pesakit akan merasa lebih panas dan boleh menyebabkan bengkak .

Tahap ketiga menjadi semakin teruk kerana kudis ini telah menembusi lapisan lemak dan akan memyebabkan bau yang busuk , kulit bertukar menjadi warna hitam dan kulit berasa lebih panas . Pada tahap ini antibiotic perlu diambil dan membuangan sel kulit mati wajib dilakukan .

Akhir sekali merupakan tahap keempat akan menyebabtkan kudis menembusi tulang dan otot  . Luka ini perlu mendapatkan rawatan yang secepatnya untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku. Jika perlu, mungkin pembedahan akan dilakukan.

 

 

Kudis tekanan ini boleh dirawat dengan cara mengurangkan tekanan yang terjadi dengan cara sentiasa memberikan pengaliran udara dan darah yang baik kepada kulit . Untuk memudahkan pesakit , anda juga boleh membeli ripples mattress yang merupakan tilam yang berisi udara yang secara automatic akan melakukan pergerakan dan menjadikan aliran darah bertambah baik . Selain itu pesakit juga mestilah mengambil makanan yang tinggi nutrient dari segi protein , karbohidrat dan mineral untuk mempercepatkan proses penyembuhan . Seterusnya perkara yang perlu dititikberatkan untuk pesakit kudis Tekanan ialah penjagaan luka supaya luka tidak tercemar . Akhir sekali luka dari kudis Tekanan digalakkan ditutup bagi mencegah jangkitan kuman .

 

 

 

 

SUMBER :

 

 

Leave a reply