::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
SUDOCREM NAPPY CREAM

Sumber rajah: https://www.orami.co.id/shopping/product/sudocrem-baby-care-cream-60gr

 

SUDOCREM NAPPY CREAM

Apa itu Sudocrem?

Pernahkah anda menggunakan produk Sodocrem Nappy Cream? Produk ini merupakan produk yang sesuai untuk membantu merawat kulit bayi dan kanak- kanak. Sudocrem adalah produk yang berasal daripada Dublin, Irelaand dan sudah lebih 80 tahun berada di pasaran iaitu sejak tahun 1931.

Kandungan Sudocrem

Bahan utama yang terkandung dalam Sudocrem adalah zink oksida sebagai pelembap dan paraffin serta lanolin sebagai emolien. Zink oksida digunakan bagi membantu merawat dan mencegah kulit daripada iritasi seperti ruam lampin, melecur, dan luka, melembapkan kulit, melindungi sel kulit daripada kerosakan serta melindungi kulit sdaripada sinaran utraungu yang berbahaya. Emolien pula dapat melembapkan dan melembutkan kulit serta mengurangkan kegatalan dan menggelupas.

Fungsi Sudocrem Dan Masa Penggunaanya.

Sudocrem merupakan produk yang dijamin selamat dan bersifat lembut yang sesuai digunakan setiap kali mahu menukar lampin atau  apabila berlakunya ketidakselesaan lampin. Apa itu ketidakselesaan lampin akibat basah? Ketidakselesaan lampin basah adalah keadaan biasa bagi bayi yang mempunyai kulit yang halus mengalami kerengsaan pada bahagian yang ditutupi oleh lampin. Kerengsaan terhadap kulit bayi berlaku apabila kulit bayi yang sensitif bersentuhan terlalul lama dengan urin dan tinja. Oleh itu, ianya akan meninggalkan kesan kemerahan pada bahagian punggung bayi serta meninggalkan kesan rasa yang sakit dan panas. Jadi, dengan menggunakan Sudocrem ianya dapat mencegah ketidakselesaan lampin daripada berlaku kerana ia dapat menenangkan kulit bayi  serta mempunyai sifat telap air bagi melindungi kulit bayi daripada lampin yang basah serta kotor.

Cara penggunaan Sudocrem.

  1. Pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh bayi.
  2. Tisu basah atau kain yang dibasahi air suam disediakan sebelum lampin yang lama ditanggalkan.
  3. Punggung bayi yang yang ditutupi lampin sebelum ini, dibersihkan dengan cermat. Punggung bayi dibiarkan terdedah kepada udara dalam masa 2-3 minit.
  4. Punggung bayi disapukan dengan satu lapisan nipis Sudocrem bagi melindungi kulit bayi daripada ketidakselesaan lampin basah.
  5. Lampin dipakaikan pada bayi. Kerapkan penukaran lampin bayi.

Rujukan: https://www.sudocrem.com/my-ms/

Produk Sudocrem tersedia di Azarashop:

https://azarashop.com/sudocream-60g-120g-nappy-rash?search=sudo

Leave a reply