::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
KENALI PERBEZAAN SETIAP EYE GLO EYE DROPS

Sumber rajah:  https://shopee.com.my/CCM-EYE-GLO-REGULAR-MOIST-PLUS-RELIEF-10ML-i.41142998.739272936

 

Masalah pada mata merupakan perkara biasa yang terjadi kepada kita. Namun, ianya dapat menjejaskan aktiviti harian kita dan menyebabkan ketidakselesaan. Jadi, dalam artikel kali ini kita akan mengenali produk Eye Glo eye drops yang merupakan salah satu produk yang dapat membantu menangani masalah mata ini. Kita akan mengenali produk ini daripada jenis, fungsi, bahan, sehingga cara penggunaannya.

 

Jenis-jenis Eye Glo

  1. Eye Glo Regular

Eye Glo Regular berfungsi untuk melegakan mata yang kering, membantu membersihkan mata, dan melegakan mata. Ubat titis ini sesuai untuk kegunaan harian. Bahan utamanya adalah Boric acid 1%w/v dan Borax 0.25%w/v. Kedua bahan ini sesuai untuk menenangkan dan membantu mata daripada bendasing seperti habuk serta bahan tercemar seperti asap, dan bahan kimia yang lain. Ianya juga menyediakan kawalan pH dan mengekalkan kelembapan.

 

  1. Eye Glo Relief

Bahan utama bagi Eye Glo Relief ialah Zinc sulphate 0.25%w/v. Bahan ini berfungsi untuk melegakan sementara kesakitan, kerengsaan, bengkak, dan kemerahan pada mata. Punca mata seperti ini boleh disebabkan oleh kerana mata terdedah kepada habuk, angin kencang, bahan kimia seperti klorin, dan menggosok mata dalam tempoh yang lama.

 

  1. Eye Glo Plus

Eye Glo Plus berfungsi untuk melegakan dan menyejukkan mata yang iritasi ataupun tegang. Ianya sesuai untuk kegunaan harian dan mampu bertindak sebagai antiseptik sedarhana. Bahan utama Eye Glo Plus adalah distilled witch hazel 5%w/v, Boric acid 1.3%w/v, dan Borax0.3%w/v. Distilled witch hazel berfungsi untuk melegakan mata yang kesakitan, kepenatan dan iritasi disebabkan suasana persekitaran yang tercemar seperti berasap atau berdebu.

 

  1. Eye Glo Moist

Eye Glo Moist boleh menyegarkan dan melembapkan mata. Ianya juga sesuai digunakan bagi pengguna kanta mata. Selain itu, ianya boleh melegakan mata kering, rasa terbakar dan berpasir yang disebabkan oleh pencemaran seperti asap, habuk, bahan pencemar lain.

 

Cara Penggunaan:

  • Bagi Eye Glo Regular dan Eye Glo Plus, anda boleh titiskan 2 hingga 3 titis untuk setiap mata . 3 hingga 4 kali setiap hari bila perlu.
  • Bagi Eye Glo Relief dan Eye Glo Moist pula, anda boleh titiskan 1 hingga 2 titis  untuk setiap mata. 3 hingga 4 kali sehari.

 

Rujukan artikel:

https://www.doctoroncall.com.my/medicine/kebersihan/eye-glo-moist

https://www.doctoroncall.com.my/medicine/eye-glo-relief

https://www.doctoroncall.com.my/medicine/eye-glo-plus

https://www.doctoroncall.com.my/medicine/eye-glo-regular

 

Leave a reply