::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
FEBRICOL RX TABLET

 

 

Febricol tablet merupakan salah satu produk keluaran dari syarikat Xepa yang mempunyai bentuk bulat dan  berwarna hijau muda . Febricol tablet ini digunakan untuk melegakan sakit kepala, sakit otot, demam, bersin, kesesakan hidung, gatal dan mata berair yang disebabkan selsema dan alahan rhinitis dan sesuai digunakan pada peringkat umur 12 tahun ke atas hingga dewasa .

 

Febricol ini mempunyai bahan aktif Paracetamol yang berfungsi untuk merawat demam  , Phenylephrine Hydrochloride yang berfungsi untuk merawat ketidakselesaan hidung  dan Chlorpheniramine Maleate yang berfungsi untuk merawat selsema . Ketiga tiga bahan aktif ini digabungkan didalam satu ubat bagi memudahkan pengguna mengambil satu ubat sahaja untuk tiga simptoms yang berbeza . Cara pengambilan febricol ini ialah dengan cara kanak kanak dan dewasa satu biji ke 2 biji setiap 4-6jam yang bersamaan tiga kali sehari . Harus dingatkan maksimum 8 biji  sehari dan boleh diamakn selepas makan atau sebelum makan .

 

Ubat ini juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti mengantuk yang disebabkan oleh kandungan ubat Chlorpheniramine Maleate . Oleh itu disarankan mengambil ubat ini pada waktu malam sebelum tidur atau jangan memandu atau mengendalikan mesin selepas mengambil ini ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kemalangan . Kesan sampingan lain ialah  Pening, keletihan. Pergerakan badan yang tidak terkawal dan bergetar. kegelisahan, keresahan, sukar tidur, kegemuruhan, keterujaan, kerengsaan, kekeliruan. Loya, muntah, cirit-birit atau sakit gastrik. Mulut kering, rembesan mukus yang tebal, sesak dada. Penglihatan kabur. kesukaran untuk kencing bagi lelaki yang mengalami pembesaran prostat. Sembelit dan Denyutan jantung tidak stabil .

 

kesimpulannya ubat febricol ini sesuai digunakan untuk demam , selsema dan ketidakselesaan hidung  dan sesuai digunakan pada peringkat umur 12 tahun keatas .

 

SUMBER :

 https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/consumer-medication-information-leaflets-rimup.raw

 

Leave a reply