::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
Fungal acne

 

 

Fungal acne merupakan salah satu jangkian kulat  yang disebabkan spesis Malassezia yang boleh terjadi di muka , bahu , belakang badan dan leher .  Ramai yang menyangka bahawa fungal acne ini merupakan jerawat biasa yang disebabkan oleh bakteria . .Fungal acne ini terjadi disebabkan folikel rambut yang tersumbat dengan kotoran dan lebihan minyak .

 

CARA UNTUK MERAWAT FUNGAL ACNE

Fungal acne ini boleh dirawat dengan cara mengggunakan ubat anti kulat yang diberikan oleh doktor atau boleh juga ubat yang ada di over the counter . Ubatan ini mestilah disarankan oleh ahli perubatan sebelum menggunakannya . Selain itu antara cara untuk merawat acne fungal ini ialah dengan cara menjaga kebersihan diri seperti kerap mandi jika anda melakukan aktiviti di luar bagi membersihkan liang roma dari peluh dan minyak . Seterusnya disarankan memakai pakaian yang longgar bagi mengggelakkan bahagian badan menjadi lembab .

 

PUNCA FUNGAL ACNE TERJADI

 

Antara punca terjadinya fungal acne ialah  keadaan yang lembap yang terjadi di mana mana bahagian anggota badan seperti memakai pakaian senam yang sudah mengandungi peluh dalam tempoh yang lama . Pengambilan antibiotic juga akan menyebabkan pertumbuhan kulat  . Hal ini terjadi kerana bakteria pada kulit telah dikurangkan tetapi dalam masa yang sama ia boleh menyebabkan pertumbuhan kulat menjadi lebih banyak . Sistem  imun badan sangat penting dalam menjaga ketahanan badan . Jika sistem imun telah terjejas , risiko untuk mendapat jangkitan kulat ini menjadi semakin tinggi . Pemgambilan karbohidrat yang tinggi boleh membantu memperlahankan pertumbuhan kulat.

 

 

 

CIRI CIRI FUNGAL ACNE

 

Antara ciri ciri fungal acne ialah terdapat benjolan yang berisi nanah dan mempunai saiz yang hampir sama . Bagi jerawat yang disebabkan oleh bakteria ia mempunyai saiz yang berbeza dan berbintik putih . Selain itu , jerawat acne ini sering muncul di kawasan seperti lengan , dada dan belakang dan boleh juga terjadi di bahagian muka . Fungal acne ini juga memiliki ciri ciri yang pesakit akan merasa gatal di tempat yang terjadinya jerawat dan kebiasaanya ia akan muncul di dalam kelompok kecil .

 

 

 

 

Leave a reply