MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN
Kami hanya mengumpulkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan prosedur pendaftaran di laman web kami atau semasa mengisi borang pendaftaran di laman web ini. Maklumat yang dikumpulkan dihantar secara sukarela sendiri oleh pihak pelanggan kepada kami. Kami mengumpulkan maklumat peribadi pelanggan semasa pendaftaran akaun di laman web ini.
MAKLUMAT PERIBADI
Maklumat peribadi anda akan digunakan bagi tujuan memproses pesanan barang anda, untuk kegunaan dalaman berlandaskan undang-undang, mengemaskini status pembelian anda di laman web kami, serta memberi informasi terkini kepada pelanggan kami mengenai sebarang perubahan dan promosi.
KERAHSIAAN
Data peribadi anda seperti butiran kad kredit, nombor akaun bank adalah sulit dan akan dirahsiakan. Kami tidak akan berkongsi data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga. Laman web kami menggunakan aplikasi keselamatan yang sesuai dalam memastikan semua data pelanggan sentiasa selamat.
SEKURITI
laman web syarikat kami menggunakan aplikasi keselamatan yang sesuai bagi mengelakkan data peribadi pelanggan daripada bocor, pendedahan haram dan penggodam. Namun, perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dihantar melalui internet adalah TIDAK 100% dijamin selamat.