::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
ROWAROLAN POWDER 20G

Sumber Rajah: https://shopee.com.my/Rowarolan-Calcium-Carbonate-Powder-20g-Exp-1-24-i.38051285.7242072856

 

Rowarolan powder atau serbuk rowarolan merupakan agen pengering bagi merawat luka lecet, luka kecil, kudis katil serta ulser kaki. Rowarolan powder adalah serbuk antiseptik kulit yang boleh membantu dalam rawatan luka kecil, penyembuhan yang cepat, tidak merengsakan kulit, melegakan kesakitan dan mencegah jangkitan kuman. Serbuk ini hanya boleh digunakan untuk kegunaan luaran sahaja.

Serbuk rowarolan mengandungi kalsium karbonat 90g, silica colloidal anhydrous dan purified talc. Sesetengah negara Eropah menggunakan kalsium sebagai ubat kulit yang berkaitan dengan gatal-gatal, alahan, eritema, dan gigitan serangga. Kalsium karbonat juga bersifat higroskopik yang menyerap lembapan daripada atmosfera.

Serbuk rowarolan haruslah diaplikasikan pda kulit yang terjejas sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Cara penggunaannya bagi orang dewasa atau warga tua adalah bermula dengan bersihkan luka dengan air bersih yang mengalir, antiseptik atau air garam. Seterusnya, taburkan serbuk rowarolan pada kawasan kulit yang terjejas seperti yang diarahkan oleh doktor. Penggunaan produk ini adalah tidak disyorkan bagi kanak-kanak.

Bagi orang yang mempunyai alahan terhadap kalsium karbonat dan bahan-bahan yang terdapat dalam serbuk rowarolan, anda tidak boleh mengambil produk ini. Golongan yang mengandung atau menyusukan anak pula harus mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan produk ini. Tempat simpanan produk ini haruslah tidak boleh lebih tinggi daripada 25°C dan dilindungi daripada kelembapan.

 

Rujukan artikel:

https://www.mims.com/malaysia/drug/info/rowarolan?type=full

https://phelans.ie/products/rowarolan-powder-20g

Leave a reply