::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
PENTINGNYA TIDUR YANG MENCUKUPI

Sumber Rajah: https://www.parkview.com/community/dashboard/the-connection-between-and-afib-and-sleep

 

Adakah anda pernah mengalami  masalah tidur yang tidak cukup?  Pada zaman sekarang, tidak mendapat tidur yang cukup merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan orang. Masalah ini sering diambil remeh, tetapi ianya boleh memberi pelbagai kesan kepada minda dan badan kita. Biasanya, kebanyakan orang dewasa memerlukan 7 jam atau lebih waktu tidur yang berkualiti pada waktu malam. Kurangnya waktu tidur boleh menyebabkan kita berasa letih selepas bangun tidur.

 

Kelebihan Mendapatkan Tidur Yang Cukup.

Antara kelebihan memdapatkan tidur yang mencukupi ialah dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood seseorang, dapat membuat keputusan yang tepat dan berfikir dengan jelas, produktiviti, serta mengurangkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

 

Faktor Yang Menyebabkan Anda Mengalami Masalah Tidur.

Terdapat pelbagai faktor yang menjadi boleh menjadi punca mengapa anda mengalami masalah tidur tidak mencukupi. Antara faktornya adalah masalah tekanan, kesakitan, pengambilan minuman beralkohol atau berkafien, pengambilan sesetengah ubat, ataupun mengalami masalah tidur seperti insomnia.

 

Cara Mendapatkan Tidur Yang Mencukupi.

Salah satu cara untuk mendapatkan tidur yang mencukupi ialah mengambil perhatian tentang apa yang apa yang akan anda makan dan minum. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi kafein dan alkohol kerana ianya boleh mengganggu waktu tidur yang seharusnya. Selain itu, kurangkan tidur pada waktu siang iaitu tidak lebih daripada 1 jam. Tidur waktu siang boleh mengganggu waktu tidur pada waktu malam. Seterusnya, menyediakan suasana tempat tidur yang selesa. Contohnya, memastikan tempat tidur dalam keadaan yang gelap, sejuk dan senyap yang mana dapat membantu anda lebih mudah untuk tidur. Terakhir sekali, tidur mengikut jadual yang ditetapkan. Jadual tidur boleh mendisiplinkan anda untuk tidur pada waktu yang ditetapkan setiap hari.

Rujukan Artikel:

https://health.gov/myhealthfinder/healthy-living/mental-health-and-relationships/get-enough-sleep

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/sleep/art-20048379

Leave a reply