
Peti kecemasan merupakan salah satu item penting yang perlu ada di dalam setiap rumah atau tempat kerja . Peti kecemasan ini mengandungi barang barang yang boleh menjadi pertolongan awal yang boleh merawat luka luka kecil daripada menjadi semakin serius . Antara barang wajib yang perlu ada didalam peti kecemasan ialah ubat paracetamol , plaster luka , krim antiseptik , kain anduh , gunting, kain pembalut luka dan kapas luka .
Peti kecemasan juga mempunyai beberapa kategori yang berbeza . Di dalam artikel ini kita akan mengenali kategori – kategori peti kecemasan yang sesuai untuk kita gunakan sama ada di tempat kerja atau di dalam rumah .
KATEGORI – KATEGORI PETI KECEMASAN
Kategori peti kecemasan ini telah dikekalkan oleh American National Standards Institute (ANSI) dan Persatuan Peralatan Keselamatan Antarabangsa yang telah menetapkan kategori bergantung kepada kuantiti barang yang ada di dalam , jenis – jenis barang yang ada didalam dan tujuan peti kecemasan itu digunakan . Terdapat dua kategori iaitu kelas A dan kelas B .
Kit Pertolongan Cemas Kelas A
Peti kecemasan kategori ini sesuai digunakan untuk tempat kediaman atau tempat kerja yang berisiko rendah . Kit ini mengandungi barang barang asas untuk kecederaan ringan seperti melecur , luka kecil dan melecet
Kit Pertolongan Cemas Kelas B
Peti kecemasan kategori B pula lebih sesuai digunakan untuk jumlah orang yang lebih ramai seperti pejabat yang mempunyai bilangan pekerja 50 orang keatas dan memerlukan jumlah bekalan yang lebih banyak jika berlaku kemalangan atau kecederaan ringan .
JENIS JENIS BARANG YANG PERLU ADA DI DALAM PETI KECEMASAN
- Lms cream ( krim panas untuk melegakan sakit otot dan sendi )
- Minyak angin ( hilangkan pening dan sakit kepala ringan )
- Losyen kuning ( acriflavine / povidone) ( antiseptic dan penyembuhan luka )
- Antiseptic cream ( mengelakkan jangkitan kuman )
- Dettol ( membunuh kuman dan rasa sedikit pedih )
- Burn cream ( untuk luka melecur )
- Cotton ball ( untuk membersihkan luka )
- Bandage ( membalut luka terseliuh )
- Gauze ( kain penampal luka )
- Trigular bandage ( menampung luka terseliuh atau patah )
- Surgical plaster ( membalut luka yang menggunakan gauze )
- Sarung tangan ( glove) ( menjaga kebersihan tangan )
- Gunting ( memotong kain luka )
- Plaster luka
Kesimpulannya peti kecemasan merupakan barang yang sangat penting yang diperlukan di masa masa kecemasan bagi memberi pertolongan awal dan mengurangkan risiko luka menjadi semakin serius .
INGIN DAPATKAN FIRST AID BOX DI FARMASI AZARA ? KLIK LINK DI BAWAH
SUMBER : https://www.webstaurantstore.com/guide/755/types-of-first-aid-kits.html