
Smecta merupakan salah satu produk yang ada di pasaran farmasi . Di dalam satu sachet smecta mengandungi bahan aktif iaitu 3g of Dioctahedral Smectite yang berfungsi untuk menghentikan cirit birit dan membuang toksin di dalam badan . Smecta ini sesuai diambil pada peringkat 2 tahun hingga dewasa sahaja . Pengunaan dos smeta mestilah mengikut saranan ahli farmasi dan pakar perubatan terlebih dahulu .
Smecta ini berfungsi dengan cara membuang toxin dan membekalkan mucoprotection kepada lapisan perut yang bertujuan untuk melindungi tisu membran mukus. Smecta ini juga berbentuk serbuk yang boleh didapati dalam perisa oren vanilla atau strawberi . Cara peggunaan smecta ini juga mudah untuk disediakan . Untuk kanak-kanak, larutkan kandungan sachet dalam botol penyusuan dengan sukatan 50ml air atau dicampur dengan makanan separa cecair, seperti sup, puri, atau makanan bayi.Untuk dewasa pula larutkan kandungan sachet dalam 50ml air masak sahaja dan boleh diminum begitu sahaja .
Bagi dos pengambilan untuk menghentikan cirit birit , bagi umur 2 tahun keatas boleh menggunakan 2 sachet sehari selama tiga hari berturut dan bagi dewasa pula 3 sachet setiap hari selama tiga hari berturut sehingga masalah cirit birit dapat dihentikan . Sekiranya gejala tidak bertambah baik dalam masa 7 hari, anda perlu berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan lebih lanjut .
Smecta ini juga mempunyai kontraindikasi iaitu ada pesakit yang tidak boleh mengambilnya . Antara pesakit yang tidak boleh mengambil smecta ialah pesakit yang mengalami intoleransi fruktosa , kanak kanak dibawah umur 2 tahun , bagi ibu yang mengandung dan menyusu badan juga tidak digalakkan untuk mengambilnya .
Kesimpulannya smecta ini digunakan untuk menghentikan cirit birit bagi peringkat umur 2 tahun hingga dewasa sahaja . Bagi mereka yang mahu mengambil smecta ini , perlulah mendapat konsultasi daripada ahli farmasi terlebih dahulu .
SUMBER :
- https://www.mims.com/malaysia/drug/info/smecta?type=full