
Terdapat pelbagai jenis ubat yang ada di pasaran farmasi dan digunakan untuk tujuan perubatan . Di dalam artikel kali ini kita akan mengenali ubat Levocetrizine . Ubat ini merupakan ubat antihistamin yang digunakan untuk melegakan gejala alahan seperti mata berair, hidung berair, mata hidung gatal, dan bersin. Ubat levocetrizine ini bertindak dengan cara menyekat bahan semula jadi tertentu (histamin) yang dihasilkan oleh badan semasa tindak balas alahan berlaku . Ubat ini juga boleh di dapati dalam bentuk tablet , kapsul dan cecair untuk diminum .
Cara pengambilan ubat ini boleh dimakan sebiji sehari selepas makan atau ketika perut kosong . Bagi jenis cecair pula , anda boleh menggunakan cawan kecil khas yang telah diberikan atau menggunakan picagari supaya dos lebih tepat dan tidak berlebihan sehingga boleh menyebabkan terlebih dos yang boleh menimbulkan kesan sampingan .
Ubat ini juga mempunyai langkah berjaga jaga yang khas iaitu tidak boleh diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah saraf tunjang , pesakit masalah prostat , pesakit epilepsy yang berisiko sawan , ibu yang hamil dan menyusu , pesakit yang mengalami masalah buah pinggang dan kanak kanak bawah umur . Ubat ini mestilah dielakkan bagi mengurangkan kesan buruk yang boleh terjadi .
Kesimpulannya ubat ini boleh digunakan untuk merawat masalah alahan . Akan tetapi perlulah mendapat nasihat daripada ahli perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya .
SUMBER :
- https://www.webmd.com/drugs/2/drug-148989/levocetirizine-oral/details#:~:text=Levocetirizine%20is%20an%20antihistamine%20used,makes%20during%20an%20allergic%20reaction.
- https://www.mims.com/malaysia/drug/info/levocetirizine?mtype=generic