
Sumber Rujukan: https://shopee.com.my/Bioshield-S-Bar-Soap-100g-i.41325540.772796596
Adakah anda sedang menghadapi masalah kegatalan pada bahagian badan? Sedang mencari sabun mandi yang sesuai? Dalam artikel kali ini kita akan mengenali satu produk yang dapat membantu menangani masalah kegatalan ini iaitu sabun buku Biosheild S.
Biosheild S adalah dalam bentuk sabun buku. Fungsi keseluruhan sabun Biosheild S adalah membantu merawat iritasi kulit, melembapkan kulit, menyihatkan dan melembutkan kulit, serta meningkatkan kebersihan kulit. Cara penggunaanya adalah selepas basahkan kulit, aplikasikan sabun Biosheild S pada kawasan kulit yang terjejas. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas.
Kandungan utama sabun Biosheild S adalah sulfur 10%, asid salisilik 2%, minyak jojoba dan aloe vera. Setiap bahan mempunyai fungsi tersendiri. Sulfur memberi kesan sebagai antibakteria terhadap bakteria penyebab jerawat, menyerap lebihan minyak, mengeringkaan sel kulit mati sekaligus membuka pori-pori pada wajah kita. Asid salisilik pula berfungsi untuk membuang sel kulit mati, mengurangkan keradangan dan kemerahan, dan mengurangkan jerawat.
Kedua sulfur dan juga asid salisilik boleh mengeringkan kulit, namun dengan adanya bahan seperti minyak jojoba dan aloe vera, ianya dapat mengekalkan kulit dalam kedaan yang lembap. Aloe vera berfungsi untuk melembapkan kulit dan membantu merawat pelbagai keadaan kulit seperti kulit yang berjerawat, bekas selaran matahari dan eczema. Minyak jojoba pula mempunyai sifat anti-radang, mengurangkan kemerahan akibat kulit kering, membantu merawat kulit seperti berjerawat dan eczema, dan menenangkan kulit.
Rujukan artikel: https://www.mims.com/malaysia/drug/info/bioshield%20s?type=full