::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
KURAP DI KEPALA ( TINEA CAPITIS)

 

Kurap kepala atau lebih dikenali dalam Bahasa perubatan ialah tinea capitis yang merupakan salah satu jangkitan kulat yang terjadi di bahagian kulit kepala  . Jangkitan kulat ini boleh merebak jika sering berkongsi barangan peribadi seperti tuala mandi , sikat rambut , topi dan juga bantal . JIka anda mempunyai masalah kurap ini , elakkan daripada berkongsi dan rawatlah dengan segera sebelum ia menjadi semakin teruk .

Jangkitan kulat ini sering terjadi dalam kalangan kanak kanak yang berumur 3 ke 7 yahun ke atas . Jangkitan kulat ini disebabkan kulat jenis Dermatophyte yang akan hidup dikawasan yang panas dan lembab seperti kulit kepala . Ia akan menjangkiti kulit kepala dan folikel rambut sehingga boleh menyebabkan keguguran rambut .

 

Antara gejala dan simptom yang boleh terjadi jika anda mendapat jangkitan kulit kepala ini ialah kegatalan di kulit kepala dan boleh terjadi pendarahan jika anda menggaru kulit kepala dengan telalu kuat . Selain itu rambut juga kan mengalami kerosakkan sehinga boleh menyebabkan rambut gugur dan boleh menjadi lebih teruk lagi akan menyebabkan terjadinya tompokan rambut botak . Tinea capitis ini juga akan menjadi tompokan putih atau kemerahan di bahagian kulit kepala .

 

Antara rawatan yang boleh diambil ialah rawan ubat pil untuk ditelan sepeti ubat griseofulvin 500mg atau fluconazole 150mg . Ubat ini membantu dari segi mematikan pertumbuhan kulat dari dalam dengan cara menhancurkan dinding sel kulat .  Ubat ini boleh diambil sekurang kurangnya 4 – 6 minggu untuk melihat keberkesananya . Peb=nggunaan ubat ini juga mestilah mendapat pengesahan dari doktor terlebih dahulu .  Selain itu , shampoo kulat juga akan membantu dalam mengawal pertumbuhn kulat ini .Penggunaan krim tidak digalakkan kerana kurang berkesan . Hal ini kerana krim tidak dapat menembusi folikel folikel rambut bagi merawatnya dari dalam .

 

 

Kesimpulannya jangkitan kulat ini boleh dirawat dan kita juga mestilah menjaga kebersihan rambut dan juga elakkan berkongsi barabg peribadi dengan orang lain .

 

 

 

 

 

 

SUMBER :

 

 

 

 

 

Leave a reply