::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
MENGENALPASTI PRODUK YANG SELAMAT

 

Sebagai pengguna  kita mestilah menggunakan produk yang diyakini selamat dan berdaftar dengan kementerian kesihatan  supaya  tidak membawa kesan buruk kepada diri kita . Antara cara untuk mengenal pasti produk itu selamat atau tidak ialah dengan cara menyemak no pendaftaran Mal dan memastikan terdapat hologram original pada pembungkusan produk tersebut . Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai  kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM dan boleh membawa kesan buruk kepada pengguna .  Di dalam artikel kali ini kita akan menpelajari cara menyemak no pendaftaran produk bagi memastikan produk itu selamat digunakan .

 

Produk yang telah berdaftar akan mempunyai no yang dimulakan dengan huruf MAL dan disertai dengan 8 digit no yang diakhiri dengan kategori pendaftaran produk . Kategori pendaftaran produk terbahagi kepada kategori A , X , T , N , H yang membawa maksud kategori

 

 

– ubat mengandungi racun terkawal (eg: antibiotik, darah tinggi)

– ubat yang tidak mengandungi racun terkawal / OTC (eg: paracetamol, aspirin)

T - ubat tradisional (eg: Jamu, minyak urut, minyak gamat)

– natural produk/ubat supplemen kesihatan (eg: minyak ikan kod, multivitamin, glucosamine)

H – Ubat Veterinar

 

Sebagai contoh salah satu produk Shine gincare yang mempunyai no pendaftaran MAL20013536T yang diyakini selamat untuk digunakan . Huruf T yang dikategorikan sebagai ubat tradisional kerana Shine gincare ini merupakan vitamin tambahan yang mempunyai bahan gingko biloba yang bagus untuk melancarkan peredaran darah bagi merawat masalah migrain dan kebas kebas .

 

 

Produk ini boleh disemak di melalui laman sesawang https://www.npra.gov.my / ATAU dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.Cara untuk menyemak pengguna perlu memasukkan salah satu  nama produk / nombor pendaftaran / nama pemegang pendaftaran / bahan-bahan aktif / nama pengilang/pengimport . Jika produk tersebut mempunyai kelulusan , status pendaftaran akan dipaparkan dan maklumat tentang produt juga akan dipaparkan . Dengan itu produk tersebut selamat untuk digunakan .

 

 

Kesimpulannya pengguna mestilah sentiasa memastikan kesahihan  sesuatu produk sebelum membelinya . Produk yang berdaftar dengan kementerian kesihatan lebih selamat digunakan kerana terjamin daripada segi Keselamatan (Safety), Kualiti (Quality) dan Keberkesanan (Efficacy).

 

SUMBER : https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/soalan-lazim/bagaimana-mengenalpasti-sesuatu-ubat-itu-adalah-ubat-berdaftar-dengan-kkm.html

 

Leave a reply