::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

 

 

Penyakit tangan kaki dan mulut ini sering menyerang kanak kanak terutamanya yang berumur 10 tahun ke bawah . Penyakit ini berpunca daripada Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71) yang boleh tersebar melalui air melepuh  , najis dan air liur kesan daripada orang yang telah terjangkiti .

Antara tanda tanda anak anda telah terjangkiti penyakit ini ialah anak anda akan mengalami perubahan suhu badan iaitu demam sehingga  boleh menyebabkan anak anda hilang selera makan . Tanda tanda lain ialah terdapat bintik bintik merah atau putih yang dikenali sebagai ulser . Ulser ini boleh terjadi juga di bahagian lain seperti di dalam mulut , lidah dan tekak .

 

Penyakit ini lebih berisiko kepada kanak kanak dibawah umur 6 tahun ke bawah dan tempoh jangkitan boleh berlaku dalam masa 3 – 5 hari untuk menjangkiti orang lain . Penyakit ini boleh sembuh dengan sendirinya disebabkan antibody daripada badan . Akan tetapi  jika gejala HFMD ini semakin teruk , segera berjumpa dengan doctor untuk  mendapatkan rawatan lebih lanjut .  Penyakit ini boleh sembuh dalam tempoh masa 5 – 7 hari .

 

Untuk membendung penyakit ini daripada  menular , terdapat beberapa langkah pencegahan yang telah  dibuat iaitu kerajaan telah menetapkan setiap kes dan kluster yang dilaporkan mestilah dibuat siasatan supaya tindakan kawalan dapat dilakukan . Langkah  yang kedua , jika cluster dikesan ditempat tempat  seperti tadika dan taska , tempat tersebut diwajibkan ditutup selama 10 hari untuk tujuan pembersihan dan pembasmi kuman . Langkah ketiga ialah  sentiasa mengamalkan kebersihan diri dengan cara kerap cuci tangan selepas ke tandas atau selepas melakukan apa apa aktiviti . JIka anak yang terkena jangkitan ini masih kecil dan memakai pampers , pembuangan pampers mestilah dilakukan dengan cara yang betul bagi mengelakkan penyebaran penyakit melalui najis .

 

Kesimpulannya penyakit ini boleh menjangkiti orang lain dengan cara jika terkena air dari lepuhan , najis dan air liur dari orang yang telah terjangkiti . Oleh yang demikian jika ada anak yang telah terjangkiti dinasihati untuk tidak dihantar ke sekolah atau taska untuk tujuan pencegahan .

 

SUMBER

 

 

 

 



 . 

Leave a reply