Selamat datang ke Azara Shop. Terma dan syarat yang dinyatakan di bawah ini adalah sah untuk semua pengunjung dan pengguna azarashop.com. Anda terikat dengan terma dan syarat ini sepanjang anda berada di azarashop.com.
UMUM
Kandungan terma dan syarat boleh berubah, dipindahkan ataupun dipadam. Harap maklum bahawa azarashop.com berhak mengubah kandungan terma dan syarat tanpa sebarang notis. Sebarang pelanggaran peraturan dan undang-undang terma dan syarat ini, pihak azarashop.com akan mengambil tindakan segera terhadap pesalah.
KOMEN & MAKLUM BALAS
Sebarang komen dan maklum balas kepada azarashop.com akan kekal menjadi hak milik Azara Shop.
Pengguna bersetuju bahawa tidak akan ada komen yang dihantar kepada azarashop.com yang akan melanggar hak mana-mana pihak ketiga, termasuk hak cipta, cap dagang, privasi hak peribadi atau hak milik lain. Selain itu, pengguna juga bersetuju bahawa tidak akan ada kandungan bahan yang menyalahi undang-undang, kasar, atau cabul yang dihantar ke laman web ini. Pengguna sendiri akan bertanggungjawab terhadap kandungan komen yang dibuat.
PAUTAN KE LAMAN WEB LAIN
Sebarang pautan akses ke laman web pihak ketiga adalah atas risiko anda sendiri. azarashop.com tidak akan terlibat dengan mana-mana laman web seperti itu sekiranya kandungan / barangan pengguna mengalami kerosakan atau kerugian yang mempunyai kaitan dengan laman web pihak ketiga.
KETIDAKTEPATAN MAKLUMAT
Dari masa ke semasa, akan ada maklumat tentang azarashop.com yang berisi kesalahan tipografi, ketidaktepatan, yang mungkin berkaitan dengan keterangan produk, harga, stok dan isi kandungan artikel. Kami berhak untuk memperbaiki sebarang kesalahan, dan ketidaktepatan, perubahan atau penyuntingan maklumat tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada pelanggan.
PENAMATAN
Perjanjian ini adalah sah bagi semua pelanggan azarashop.com. Pelanggan boleh menamatkan perjanjian ini pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun, azarashop.com juga boleh menamatkan perjanjian ini dengan pelanggan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu dan akan menolak akses pelanggan yang tidak dapat mematuhi terma dan syarat di atas.